“Kau bukannye reti pasal cerita cinta-cinta ni,kau takde pakwe lagi, aku bagi Adila baca dulu, dia nak baca. Ok?”
Ok, fine.
Along Form 1 time tu.
Tak pandai berebut, tak pandai melawan.
Along pun taktau nape Along nak baca LBS in the first place.
Sebab tengok buku tuh asyik bertukar tangan, I assumed it was a hot item.
Cuba letak buku teks Sejarah atas meja dan tinggalkan ia semalaman, esok pagi pun tetaaaaaap ada kat situ tak laku.
Sebab dulu naif sangat,pergi lah sambung baca novel Malory Towers balik.
Maka kenangan membaca novel LBS setakat mengetahui ada satu watak nama Kasyah. Itu pun, sebab penulisnya Ahadiat Akasyah. Dan Along hanya dapat simpulkan Ahadiat Akasyah buat cerita pasal diri dia sendiri.
Agak-agak Rohaida (bukan nama sebenar) rasa bertanggungjawab tak buat Along noobie habes?
Tapi lepas tengok trailer LBS, membuak-buaklah rasa nak baca novel LBS balik. Kawan-kawan offer bagi pinjam, tunjukkan tempat mana novel tu dijual bagai, tapi Along tetap senyap sendiri, konon hati-hati taknak kantoi sebab tak pernah lagi baca pasal LBS.
Mau kena bahan sampai sudah -_-"
Tapi malu nak pinjam, pastu pikir lambat lagi movie nak keluar so tayah ah baca dulu, pastu cam pikir bila plak nak baca kalau dapat pinjam. Jadi doklah repeat trailer sampai hafal scene mana untuk not lagu mana tanpa tengok trailer tuh (kes tak jumpa mp3)
Sesambil tu, dalam dok share link trailer dengan kawan-kawan, ada budak ofis yang layan gak. Dia cakap terima kasih sebab kongsi link, mengimbau kembali zaman persekolahan dia yang sangat indah, katanya. Keesokan pagi, dia bawak novel LBS dan letak atas meja Along.
“Aku baru beli ni, yang lama ntah mana. Nah, kau baca lah plak.”
Nak nangis.
Bukan nangis sebab novel tu tebal.
Atau nangis sebab sweetnya cover novel tu warna ungu warna kegemaran.
Nak nangis sebab terharu kawan tu bagi pinjam lagi lah tak -- mau dikatanya Along buat tebiat.
Tapi nangis sebab macam “AKHIRNYAAAAA!”
Sejak itu, kemana saja novel itu dibawa dan dibaca kecuali ke bilik air dan waktu solat. Penumpang bas dari Seremban pun kagum tengok Along tak tidur sebab baca novel tu – tak seperti kebanyakan penumpang bas yang tidur sebaik saja naik bas sesudah Subuh itu.
Okay, ni tipu. Sebab kalau semua tidur, camne diorang nak perasan Along kusyuk baca novel?
Lah. Korang tak terpikir eh, nyesal bagitau.
But I was.
Kusyuk sampai tak sedar gelak dan bergenang air mata baca.
Kusyuk sampai ter-miss dua stesyen LRT dari stesyen Pasar Seni.
Kusyuk sampai tak perasan kakak mengandung diri depan pastu kelam kabut minta maaf.
Sudahnya tak sampai 3 hari, selesai baca.
*puas hati*
Boleh lah Along cakap kat Rohaida (bukan nama sebenar) tu, takde pakwe pun tak bermakna Along takde hati & perasaan! (Eceh sekarang baru nak melawan?)
Tapi gara-gara layan trailer dulu baru baca novel, Along dah takleh accept lelaki lain jadi Kasyah selain Farid Kamil. Sekarang tengok Farid Kamil cam ah, kesiannya kau -- that is if you guys have read the novel and know the ending (wah berlagak kau sebab dah habis baca.)
Same goes to the sweet sweet Lisa Surihani who will be playing Ayu in the movie, she's like the perfect 'Ayu' -- muka manis kalau buat salah pun tak jadi marah, apetah lagi kesalahan dia bertukar-tukar kekasih sesuka hati, tetap ada orang nak (no fair!)
Biarpun Along emosi jiwang tahap habis karat, Along masih berpijak pada bumi yang nyata. Takde cinta seagung itu, so chill. I'm okay. *sambil lap air mata*
Marilah berdoa filem nya nanti tidaklah menghampakan, malah mungkin sebaik filem-filem Cinta & Sepi arahan Khabir Bhatia :')
Er, Along takde bagi spoiler pape kan? *phew*
11 comments:
hi sayang.
i'd prefer kabir bhatia yg direct cerita nih. dont u think so?
along,
dah baca LBS, sambung lah baca Katrina lak
salam Along..
silent reader nak nyampuk, boleh?
yr ramblings memang syioklah. cukup envy ngan orang yg kreatif bercerita macam Along nie.
juz so u know...i start my day with ..eh baca jugak?
haha..keep it up.
serius saya pun x penah baca lgi novel ni walaupun dulu kt skolah semua orang berebut2 tunggu turn nk baca. skrg dh kluar movie tu baru la nk sebok cari hehe.
time form 1 pandai melawan ye..
skang pandai dh keeeeeeeeeeeeeee...hahahahha
Kim sayang - me too! but let's be optimistic about dis one :D
Naemah - will do! *sambil carik sape nak kasi pinjam lak hihi*
Wahwo - oh my thank you. i bet if u found other interesting blogs, eh baca jugak will jatuh pada rank tayah baca pun takpe :D
ilyannur - same here! sbb dah tertengok trailer, dan x sanggup nak tunggu, so must must must know details, baru ah cam terkedek nak baca. hope u'll find time to read, layan ah gak before the movie comes out :)
diella - form 1 tak pandai lawan lagi. sekarang pun tak pandai, tapi pandai lawan dalam hati sampai jerawat jerawat keluar -_-"
lagenda Budak Setan by Ahadiat Akasha. Tak ingat jalan cerita dia laaa. Humfh.
Rasa-rasa, Aku Budak Rap akan keluar ke? lol
Tapi kannnn, dalam buku cakap Azmi muka macam Hindustan. Tapi awat filem amik muka apek (Que Haidar)? Hmmm..
Memang semua harap Khabir Bhatia yang direct movie ni. Me too. Tapi dengar cerita Khabir susah nak direct kalau cerita tu bukan wife dia yang tulis. Kalau perasan, semua movie yang dia direct, semua cerita yang wife dia tulis. Satu je kot bukan. Citer apa ntah.
saya suka novel ni!!
tpi melaka xde jual la
sedih
huhuhuhu
1412 - ngeh. itu serupa berharap mallory towers difilemkan.
Reena - woh really? that's new to me, thanks for sharing d info. kite tengok LBS ni camne k?
Lya Colours - try search online, mana tahu ada lak yang jual buku ni online :')
Saya tengah mencari buku nie, takde la...Leeds kata depa tengah re-print, harap ada soon.
Post a Comment